‹ Semua kursus
Terhad 30 peserta setiap sesi

Kursus Sijil Kejurulatihan FAM D

Lesen kejurulatihan peringkat permulaan selepas Akar Umbi FAM.

Syarat utama pemohon
  1. Mempunyai minat.
  2. Mengurus dan mahu memperbaiki kemahiran jurulatih.
  3. Sihat tubuh badan dan tiada penyakit yang serius.
  4. Mampu melaksanakan aktiviti kecergasan dalam modul FAM D.
  5. Tiada kecederaan serius yang menghalang aktiviti padang.
  6. Wajib mempunyai Sijil Kursus Kejurulatihan Akar Umbi FAM.
Dokumen wajib
  1. Salinan kad pengenalan berwarna (PDF)
  2. Gambar berukuran passport, latar biru atau putih (JPEG)
  3. Sijil Kursus Kejurulatihan Akar Umbi FAM (PDF)
  4. Surat pelepasan persatuan bola sepak negara anda (bukan warganegara)

Semua dokumen dalam bentuk softcopy. Fail akan dinamakan semula secara automatik.

Yuran & cara pembayaran
  • Yuran kursus: RM1,200
  • Deposit semasa mendaftar: RM600 melalui payment gateway. Baki RM600 dijelaskan selepas emel pengesahan.
  • Permohonan tanpa bayaran tidak akan diproses.
  • Tiada pemulangan bayaran jika peserta menarik diri atas apa jua alasan.
  • Kematian, kemalangan atau kecederaan serius beserta bukti sahaja akan dimajukan ke tarikh kursus seterusnya.

Yuran termasuk

  • Penginapan
  • Makan & minum
  • Pakaian peserta
Maklumat lain
  • Peserta digalakkan tetapi tidak diwajibkan bermalam di tempat penginapan yang disediakan.
  • Kursus ini dianjurkan oleh Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) di bawah pemerhatian Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
  • Kehadiran untuk semua sesi adalah wajib dan memberi impak besar terhadap markah lulus.
  • Sijil kursus dikeluarkan oleh pihak FAM.
  • Instruktor dan pembantu instruktor ditentukan oleh Bahagian Pendidikan Kejurulatihan FAM.
  • FAS tidak bertanggungjawab atas kecederaan sepanjang kursus. Kesihatan peserta adalah tanggungjawab individu.
  • Penganjur berhak menukar tarikh dan tempat kursus.