‹ Semua kursus
Terhad 24 peserta setiap sesiProgram khas bersama FAM

Kursus Kejurulatihan Diploma AFC/FAM C

Program khas bersama FAM untuk pemegang Sijil FAM D.

Syarat utama pemohon
  1. Mempunyai minat.
  2. Mengurus dan mahu memperbaiki kemahiran jurulatih.
  3. Sihat tubuh badan dan tiada penyakit yang serius.
  4. Mampu melaksanakan aktiviti kecergasan dalam modul Diploma AFC/FAM C.
  5. Tiada kecederaan serius yang menghalang aktiviti padang.
  6. Sudah lulus dan mempunyai Sijil Kursus Kejurulatihan FAM D atau Sijil Kejurulatihan Awalan.
Dokumen wajib
  1. Salinan kad pengenalan berwarna (PDF)
  2. Gambar berukuran passport (JPEG)
  3. Sijil Kursus Kejurulatihan FAM D atau Awalan (PDF)
  4. Surat pelepasan persatuan bola sepak negara anda (bukan warganegara)

Semua dokumen dalam bentuk softcopy. Fail akan dinamakan semula secara automatik.

Yuran & cara pembayaran
  • Yuran kursus: RM3,500
  • Deposit semasa mendaftar: RM2,000 melalui payment gateway. Baki RM1,500 dijelaskan selepas emel pengesahan.
  • Permohonan tanpa bayaran tidak akan diproses.
  • Tiada pemulangan bayaran jika peserta menarik diri atas apa jua alasan.
  • Kematian, kemalangan atau kecederaan serius beserta bukti sahaja akan dimajukan ke tarikh kursus seterusnya.

Yuran termasuk

  • Penginapan
  • Makan & minum
  • Pakaian peserta
Maklumat lain
  • Kursus terbahagi kepada 2 sesi: Sesi 1 selama 9 hari dan Sesi 2 selama 6 hari.
  • Kursus ini dianjurkan oleh Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) di bawah pemerhatian Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
  • Kehadiran untuk semua sesi adalah wajib dan memberi impak besar terhadap markah lulus.
  • Sijil kursus dikeluarkan oleh pihak FAM.
  • Instruktor dan pembantu instruktor ditentukan oleh Bahagian Pendidikan Kejurulatihan FAM.
  • FAS tidak bertanggungjawab atas kecederaan sepanjang kursus. Kesihatan peserta adalah tanggungjawab individu.
  • Penganjur berhak menukar tarikh dan tempat kursus.