‹ Semua kursus
Terhad 28 peserta setiap sesi

Kursus Kejurulatihan Akar Umbi FAM

Berminat untuk menjadi jurulatih bola sepak? Mulakan dengan kursus asas untuk jurulatih akar umbi.

Syarat utama pemohon
  1. Mempunyai minat.
  2. Mengurus dan mahu memperbaiki kemahiran jurulatih.
  3. Sihat tubuh badan dan tiada penyakit yang serius.
  4. Tiada kecederaan serius yang menghalang aktiviti padang.
  5. Serius dalam memajukan diri sebagai jurulatih.
  6. Telah mengambil Kod Sukan Selamat (ISN) dan sertakan sijil dalam borang.

Ambil Kod Sukan Selamat di ISN Coaching Academy →

Dokumen wajib
  1. Salinan kad pengenalan berwarna (PDF)
  2. Gambar berukuran passport (JPEG)
  3. Sijil Kod Sukan Selamat (PDF)

Semua dokumen dalam bentuk softcopy. Fail akan dinamakan semula secara automatik.

Yuran & cara pembayaran
  • Yuran tanpa penginapan: RM350
  • Yuran dengan penginapan: RM500
  • Bayaran penuh dibuat melalui payment gateway semasa mendaftar.
  • Permohonan tanpa bayaran tidak akan diproses.
  • Tiada pemulangan bayaran jika peserta menarik diri atas apa jua alasan.
  • Kematian, kemalangan atau kecederaan serius beserta bukti sahaja akan dimajukan ke tarikh kursus seterusnya.

Yuran termasuk

  • Penginapan (pilihan)
  • Makan & minum
  • Pakaian peserta
Maklumat lain
  • Kursus ini dianjurkan oleh Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) di bawah pemerhatian Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
  • Kehadiran untuk semua sesi adalah wajib dan memberi impak besar terhadap markah lulus.
  • Sijil kursus dikeluarkan oleh pihak FAM.
  • Instruktor dan pembantu instruktor ditentukan oleh Bahagian Pendidikan Kejurulatihan FAM.
  • FAS tidak bertanggungjawab atas kecederaan sepanjang kursus. Kesihatan peserta adalah tanggungjawab individu.
  • Penganjur berhak menukar tarikh dan tempat kursus.